Pinjaman Bank Rakyat

pinjaman-bank-rakyat

Pakej-pakej pembiayaan

– Pembiayaan Peribadi-i Awam (Rakan Pintar)

Pembiayaan Peribadi-i Awam (Rakan Pintar) Pinjaman Bank Rakyat merupakan produk istimewa yang direka khas untuk kakitangan Awam dan syarikat GLC terpilih yang mana ia menawarkan kadar keuntungan rendah dengan manfaat istimewa.

Amaun pinjaman bank rakyat adalah sehingga RM 200,000 dengan tempoh pembiayaan selama 10 tahun. Pinjaman ini adalah sehingga 35 kali gaji kasar bulanan dan tiada penjamin diperlukan.

Bank Rakyat

– Pinjaman Peribadi Bank Rakyat (i-Aslah)

Adalah salah satu pinjaman peribadi yang mematuhi undang-undang syariah. Pakej pinjaman i-Aslah ini hanya untuk kakitangan kerajaan Malaysia dan tanpa sebarang cagaran atau penjamin. Jumlah pembiayaan maksimum mencapai RM200,000 dengan tempoh bayaran balik 10 tahun.

Untuk memudahkan bagi pekerja kerajaan, ansuran potongan boleh melalui sistem perkhidmatan angkasa (BPA 1/79). Penggiraan untuk pakej pinjaman ini adalah berdasarkan slip gaji dengan maksimum 60% daripada jumlah gaji kasar tetap.

Kelayakan Pinjaman Bank Rakyat

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetap
  • Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih
  • Telah berkhidmat minimum tiga (3) bulan

Dokumen Pinjaman Yang Diperlukan

  • Salinan MyKad / MyTentera.
  • Slip gaji untuk 3 bulan terakhir.
  • Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir (pengkreditan gaji).
  • Dan sekurang-kurangnya satu daripada dokumen berikut, Surat Pengesahan Majikan dan Borang EA
  • Surat bersara umur 60 tahun, sekiranya anda berkhidmat sampai 60 tahun.
  • Borang Biro perkhidmatan angkasa, sekiranya anda sebagai kakitangan kerajaan, badan berkanun, dan government linked company (GLC)

Pinjaman Bank Rakyat

Semak Kelayakan Pinjaman Koperasi